BENIH SUCI
Di telapak kecil ini
ku semai benih-benih suci
dengan seribu harapan
agar ia
menyambung utusan
dari aku hingga generasi depan
Tumbuhlah dikau
sebagai pejuang
sebagai pencetus gagasan
sebagai pemberi arahan
dan
sanjungan kemuliaan
Biar alam menjaga keperibadiaanmu
biar setiap ciptaan tuhan mendoakan kesejahteraanmu
kerana itu adalah tembok
penahan dentuman kesesatan
Bisikan-bisikan noda akan menyerang
memimpin kepada kejahanaman
sesungguhnya setiap perjalanan itu
terlalu jauh, sempit dan gelap
Namun kepercayaan aku masih menebal
kerana engkau adalah benih-benih suci
yang ku tabur di telapak
kasih sayang…
10.50pm, okt 21
ayah sayang kamu dan kamu dan kamu...
No comments:
Post a Comment