BENCI
Hati ini telah parah
melihat lakonan dan lakonan
kau antagonis yang mengguris
kebencian meradang
membakar kesaljuan
kau pelakon handalan
yang sering berperanan
Tahukah kau
aku benci
aku benci
kepada kau
Jangan pernah kau berfikir
aku akan mendampingimu
kau terlalu hina
buat diriku
buat diriku yang hina ini
kau tiada dalam diriku
biarkan aku…
dan
mengapa kau hadir
dalam rentetan hari-hariku…
10.00am 28 Okt
Assalamualaikummm
Tuesday, October 27, 2009
Pertanyaan Tak Sudah
Setiap persoalan
ada huraian
tapi
hati ini sering tertanya
ingin tahu dan ingin tahu
mengapa agaknya
dan kenapa
Hati terus merintih
terlalu ingin tahu
macam mana ya….
dimana pula
Nak Pecah Kepala
Tiada jawaban yang pasti sebenarnya
segala-galanya hanya untuk penyedap hati
namun pertanyaan akan berterusan
kerana ingin tahu dan ingin tahu
Pada hakikatnya
kepada siapa
harus ditanya soalan
yang benar-benar
memberikan jawaban
jawaban kepastian kepada semua
persoalan….
Terus bertanya
dan
ingin tahu…
9.45am Okt 28
Setiap persoalan
ada huraian
tapi
hati ini sering tertanya
ingin tahu dan ingin tahu
mengapa agaknya
dan kenapa
Hati terus merintih
terlalu ingin tahu
macam mana ya….
dimana pula
Nak Pecah Kepala
Tiada jawaban yang pasti sebenarnya
segala-galanya hanya untuk penyedap hati
namun pertanyaan akan berterusan
kerana ingin tahu dan ingin tahu
Pada hakikatnya
kepada siapa
harus ditanya soalan
yang benar-benar
memberikan jawaban
jawaban kepastian kepada semua
persoalan….
Terus bertanya
dan
ingin tahu…
9.45am Okt 28
Wednesday, October 21, 2009
BENIH SUCI
Di telapak kecil ini
ku semai benih-benih suci
dengan seribu harapan
agar ia
menyambung utusan
dari aku hingga generasi depan
Tumbuhlah dikau
sebagai pejuang
sebagai pencetus gagasan
sebagai pemberi arahan
dan
sanjungan kemuliaan
Biar alam menjaga keperibadiaanmu
biar setiap ciptaan tuhan mendoakan kesejahteraanmu
kerana itu adalah tembok
penahan dentuman kesesatan
Bisikan-bisikan noda akan menyerang
memimpin kepada kejahanaman
sesungguhnya setiap perjalanan itu
terlalu jauh, sempit dan gelap
Namun kepercayaan aku masih menebal
kerana engkau adalah benih-benih suci
yang ku tabur di telapak
kasih sayang…
10.50pm, okt 21
ayah sayang kamu dan kamu dan kamu...
Di telapak kecil ini
ku semai benih-benih suci
dengan seribu harapan
agar ia
menyambung utusan
dari aku hingga generasi depan
Tumbuhlah dikau
sebagai pejuang
sebagai pencetus gagasan
sebagai pemberi arahan
dan
sanjungan kemuliaan
Biar alam menjaga keperibadiaanmu
biar setiap ciptaan tuhan mendoakan kesejahteraanmu
kerana itu adalah tembok
penahan dentuman kesesatan
Bisikan-bisikan noda akan menyerang
memimpin kepada kejahanaman
sesungguhnya setiap perjalanan itu
terlalu jauh, sempit dan gelap
Namun kepercayaan aku masih menebal
kerana engkau adalah benih-benih suci
yang ku tabur di telapak
kasih sayang…
10.50pm, okt 21
ayah sayang kamu dan kamu dan kamu...
Friday, October 16, 2009
ANTARA BIRU, MERAH DAN HIJAU
Ini adalah warna-warna
warna-warna yang memiliki kuasa
kuasa yang dapat memiliki semua
semua yang pasti memerlukannya
Warna-warna ini juga
akan mengundang bencana
akan menjamin bahagia
akan menjemput celaka
akan merubah suasana
Kerana ia menjadi sengketa
sengketa antara manusia dan manusia
sengketa antara ahli keluarga
juga antara sesama kita
Namun apakan daya
Tidak atau ya
Kita sangat-sangat memerlukannya
Nadi kehidupan dan segalanya
Menjual dan membeli itu biasa….
17 Okt, 01.15am
Adakah wang menjamin kebahagiaan
atau
kebahagiaan itu adalah wang.
Ini adalah warna-warna
warna-warna yang memiliki kuasa
kuasa yang dapat memiliki semua
semua yang pasti memerlukannya
Warna-warna ini juga
akan mengundang bencana
akan menjamin bahagia
akan menjemput celaka
akan merubah suasana
Kerana ia menjadi sengketa
sengketa antara manusia dan manusia
sengketa antara ahli keluarga
juga antara sesama kita
Namun apakan daya
Tidak atau ya
Kita sangat-sangat memerlukannya
Nadi kehidupan dan segalanya
Menjual dan membeli itu biasa….
17 Okt, 01.15am
Adakah wang menjamin kebahagiaan
atau
kebahagiaan itu adalah wang.
Monday, October 12, 2009
CAHAYA CINTA
Senyuman
tangisan
ketawa riang
umpama kenangan terindah
yang tidak bisa aku coretkan
di mana-mana.
Bisakah ia
kekal....
menjadi cahaya cinta
dalam syurga yang
sekian lama terbina
Pujuk rayu
bisikan rindu
sentuhan salju
adalah senjata kita
mempertahankan
CAHAYA CINTA.......
13 Okt 10.15am
Teguhkanlah jiwa ini untuk aku menjadi
seorang ayah
dan suami
yang mengasihi dan dikasihi...
Senyuman
tangisan
ketawa riang
umpama kenangan terindah
yang tidak bisa aku coretkan
di mana-mana.
Bisakah ia
kekal....
menjadi cahaya cinta
dalam syurga yang
sekian lama terbina
Pujuk rayu
bisikan rindu
sentuhan salju
adalah senjata kita
mempertahankan
CAHAYA CINTA.......
13 Okt 10.15am
Teguhkanlah jiwa ini untuk aku menjadi
seorang ayah
dan suami
yang mengasihi dan dikasihi...
SEPI
Syurga penjara ini
bagai ada sesuatu yang masih belum ditemui
walaupun aku telah merasai
kesempitan – kelapangan
kesusahan –kesenangan
kepiluan – keriangan
kesepian – kebingitan
benci – cinta
Perjalanan masih jauh
terlalu jauh
untuk mengaut titik noktah
yang pastinya
akan tiba
Kekosongan masih beraja
Sepi tidak seindah mana
Jiwa harus diisi
Dengan kata-kata yang menjamin
FIRDAUSI
Peganglah tangan ini
bimbinglah dan bimbinglah
semoga syurga penjara ini
menjadi persinggahan
sementara noktah itu menjelma
Sepi ini harus diisi.....
13 Okt 9.45am
Aku bermohon padaMu agar diriku tergolong dalam hamba-hambaMU yang beriman.......
Syurga penjara ini
bagai ada sesuatu yang masih belum ditemui
walaupun aku telah merasai
kesempitan – kelapangan
kesusahan –kesenangan
kepiluan – keriangan
kesepian – kebingitan
benci – cinta
Perjalanan masih jauh
terlalu jauh
untuk mengaut titik noktah
yang pastinya
akan tiba
Kekosongan masih beraja
Sepi tidak seindah mana
Jiwa harus diisi
Dengan kata-kata yang menjamin
FIRDAUSI
Peganglah tangan ini
bimbinglah dan bimbinglah
semoga syurga penjara ini
menjadi persinggahan
sementara noktah itu menjelma
Sepi ini harus diisi.....
13 Okt 9.45am
Aku bermohon padaMu agar diriku tergolong dalam hamba-hambaMU yang beriman.......
Subscribe to:
Posts (Atom)