DEFINISI
Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu :
Su indah, baik,, lebih berfaedah
Sastera huruf atau buku
(ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya
J.S Badudu
Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi
Hashim Awang
Ciptaan senia yang disampaikan melalui bahasa.
GENRE SASTERA
Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu.
KAMUS DEWAN
Hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
PERBEZAAN BAHAN SASTERA DAN BUKAN SASTERA
KESUSASTERAAN
Sajak tentang bunga kemboja.
Novel yang mengisahkan pengembaraan dengan keretapi.
Cerita mata-mata gelap.
Drama tentang gadis menunggu telefon berbunyi.
BUKAN KESUSASTERAAN
Penerangan menegnai bungan kemboja.
Jadual perjalanan keretapi.
Berita jenayah.
Panduan telefon.
UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.
Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :
Intelek.
Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah
Karya sastera.
Emosi.
Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
Imaginasi.
Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa.
Teknik. -
Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain.
Kesusasteraan Melayu Klasik
-sastera tertua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain yang mempunyai unsur tokok -tambah.
-ia wujud sebelum adanya alat pencetak.
-di hasilkan sebelum tahun 1800.
-hasil yang masih tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak.
-disampaikan dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan.
-punya nilai dan ukuran yang tersendiri.
-terpancar ‘worldview masayarakat’
-setiap karya adalah hak cipta bersama----- tiada nama pengarang.
-khayalan dicampuradukkan dengan kenyataan----tujuan hiburan dan pengajaran.
-mempunyai unsur-unsur setempat.
-bersifat universal.
Kesusasteraan Lisan.
kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
dikenali juga sebagai sastera rakyat
contoh sastera lisan berbentuk cerita:
cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )
cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )
PERIBAHASA
-ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyai pengertian yang tertentu(kamus dewan)
-juga dikenali sebagai bidalan atau pepatah
-contoh---‘biar mati anak janagn mati adat’.
PANTUN
-sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat bis pertama meraris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainya mengandungi maksudnya (Kamus Dewan).
JENIS-JENIS PANTUN
1. Pantun dua kerat
2. Pantun empat kerat
- Pantun kanak-kanak
- Pantun jenaka
- Pantun bersukacita
- Pantun berdukacita
- Pantun kiasan
- Pantun budi
- Pantun nasihat
- Pantun agama
- Pantun kasih sayang
- Pantun nasib
3. Pantun enam kerat
4. Pantun lapan kerat
5. Pantun sepuluh kerat
6. Pantun dua belas kerat
7. Pantun tiga belas kerat
8. Pantun berkait
Contoh:
Pantun dua kerat
Pantun kanak-kanak
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Pantun empat kerat
Pantun jenaka
Ayam disabung jantan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Dalam belanga bertemu jua.
Pantun enam kerat
Apa di harap padi seberang,
Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.
MANTERA
Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan)
TEROMBA
Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan).
Merupakan susunan kata-kata adat.
Ciri-ciri
Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris.
Terdapat sisipan berbagai-bagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa dalam seuntai teromba.
Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adt istiadat yang diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Contohnya: Terombo dalam adat istiada perkahwinan.
GURINDAM
Sejenis bentuk puisi (terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran. (Kamus Dewan).
Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi.
Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama.
Jenis-jenis gurindam :-
Gurindam serangkap dua baris
Gurindam serangkap empat baris
Gurindam bebas
SELOKA
Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll)
Perkataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’.
Bentuk puisi lama yang ditulis secara berangkap-berangkap
Rima akhir adalah tidak tetap
Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan
Seloka tidak mempunyai pembayang
Contoh seloka tiada pembayang :
Sudah bertudung terendak Bentan,
Dengan siapa saya sesalkan,
Sudah untung permintaan badan,
Pagar siapa saya sesarkan.
TEKA-TEKI
Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar atau rumit yang jawapanya harus diduga, soalan untuk menduga akal
Contoh teka-teki ialah :
Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya,
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya ?
KESUSASTERAAN TULISAN
Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis
Pada awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan.
Sebelum adanya alat pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja.
Contohnya Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu
Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan tulisan rumi di perkenalkan.
Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang Kancil
Sastera bertulis berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.
NOVEL
Menurut Kamus Dewan novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial.
Menurut Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan satu persoalan kehidupan yang menarik.
Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti Nurbaya.
Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :
Novel Perwatakan
Novel Psikologi
Novel Peristiwa
Novel Resaman
Novel Sejarah
Novel Sosial
Novel Politik
Novel Lawan Alam
Novel perwatakan
Perlukisan dan perkembangan watak.
Contoh :Rentong Novel psikologi
Menekankan penjiwaan watak
Contoh : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman Novel peristiwa
Peristiwa-peristiwa menarik tetapi mungkin tidak berhubungan.
Contoh : Puteri Gunung Tahan Novel resaman
Penceritaan tentang adat resam satu-satu masyarakat pada satu masa dan tempat tertentu.
Contoh : Cinta Gadis Rimba
Novel sejarah
Penekanan kepada kedua-dua aspek sejarah dan adat resam
Contoh : Panglima Awang Novel Sosial
Menekankan mengenai persoalan masyarakat
Contoh : Salina
Novel Politik
Persoalan politik
Contoh : Krisis
Novel lawan alam
Kisah kawasan-kawasan tertentu
Contoh : Ranjau Sepanjang Jalan
CERPEN
Cerita pendek (Kamus Dewan)
Cerpen ialah bentukcereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang)
Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod.
Ciri-ciri
Sebuah cerita atau kisah berbentuk prosa
Menonjolkan hanya satu kesan
Mengisahkan dengan agak terperinci suatu perisiwa
Cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik. Contohnya cerpen Segeluk Air tulisn Khadijah Hashim.
DRAMA
Sejenis cereka yang berbentuk lakonan : ia selalunya dipentaskan.
Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’.
Sifat Drama
Isu konflik
Aksi fizikal atau mental
Jangka waktu persembahan yang terbatas
Jenis Drama
Komedi
Tragedi
Opera
Pantomin
Tragedi-Komedi
SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA
ESEI
Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih pendek daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk.
Menurut Encyclopedia Britannica bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.
SAJAK
Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.
SIFAT-SIFAT SAJAK
Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap
Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga.
Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap.
Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap.
Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.
BENTUK-BENTUK SAJAK
Disitkhon
Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi tiap-tiap serangkap
Terzina
Sajak yang serangkapnya terdiri daripada tiga baris
Quantrain
Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun atas empat baris. Bentuknya lebih menyerupai pantun dan syair.
Quintain
Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat
Sextet
Sajak yang digubah dengan pemaikaian rangkap yang terdiri daripada enam baris.
Oktaf (stanza)
Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau kalimat
ISI DALAM SESEBUAH SAJAK
Unsur pujaan
Unsur keagamaan
Unsur kesedihan
Unsur pengajaran
Unsur sindiran
Unsur percintaan
Unsur pengisahan
CARA MENIKMATI SESEBUAH SAJAK
Mengenali sifat luar sesebuah sajak
Mengenali gaya bahasa atau imej visual sesebuah sajak
Mengetahui latar belakang penyair atau penulis
Mengetahui tujuan penyair sesebuah sajak
CARA MENDEKLAMASI SAJAK
Pemahaman
Mimik
Peresapan
Gerak geri
Pengucapan
Daya hafal
Daya ucapan dan irama
Batas kalimat
KRITIKAN SASTERA
Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik.
Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sediri.
Pertimbangan dan penilaian terhadap karya –karya sastera akakn diperkuat dengan alasan –alasan yang munasabah.
FUNGSI KRITIKAN SASTERA
Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan itu.
Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.
Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik.
Memberikan kenerangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca.
Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.
Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca.
Kategori:Kesusasteraan Melayu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Sastera Melayu mempunyai berbagai cabang sasteranya.
Subkategori
Kategori ini mengandungi sebuah subkategori berikut.
M
[+] Manuskrip Melayu (0)
Laman-laman dalam kategori "Kesusasteraan Melayu"
Yang berikut ialah 65 daripada 65 buah laman dalam kategori ini.
*
Sastera Melayu
B
Bahwa Ini Hikayat Binatang
Hikayat Panca Tanderan
Bustanus al-Salatin
G
Gurindam Dua Belas
H
Hikayat Hang Tuah
Hikajat Djahidin
Hikayat Abbas
Hikayat Abdullah
Hikayat Abu Nawas
Hikayat Abu Shahmah
Hikayat Aceh
Hikayat Anggun Che’ Tunggal
Hikayat Asma Yatim
Hikayat Awang Sulong Merah Muda
Hikayat Badrul Basim
Hikayat Badrul Muin
Hikayat Banjar
Hikayat Bayan Budiman
Hikayat Ganja Mara
Hikayat Indera Bangsawan
H samb.
Hikayat Indera Nata
Hikayat Inderaputera
Hikayat Jauhar Ma’Nikam
Hikayat Jaya Lengkara
Hikayat Johor
Hikayat Khalila Dan Damina
Hikayat Khojah Maimun
Hikayat Koris Mengendara Raja Alam
Hikayat Lima Temenggung
Hikayat Maharaja Puspa Wiraja
Hikayat Mahraja Boma
Hikayat Malik Saiful Lizan
Hikayat Malim Deman
Hikayat Malim Dewa
Hikayat Merong Mahawangsa
Hikayat Misa Kiamang
Hikayat Misa Perabu Jaya
Hikayat Nakhoda Muda
Hikayat Pahang
Hikayat Panji Semirang
Hikayat Raja-raja Pasai
Hikayat Si Miskin
H samb.
Hikayat Terung Pipit
K
Kitab Pengetahuan Bahasa
Kitab Tib
M
Misa Melayu
P
Projek Syair
Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya
S
Sastera bermula dengan A
Sastera bermula dengan B
Sastera bermula dengan C
Sastera bermula dengan H
Sastera bermula dengan I
Sastera bermula dengan K
Sastera bermula dengan M
Sastera bermula dengan S
Sastera bermula dengan T
Sastera bermula dengan U
Sastera bermula dengan Z
Sasterawan Negara
Sulalatus Salatin
Syair Singapura dimakan api
Syair Siti Zubaidah Perang Cina
T
Tuhfat al-Nafis
berilah beberapa contoh rekaan sendiri :)
ReplyDeletemasa misih belum mengizinkan. insyaallah. tq
ReplyDelete